Teman?


In The name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum w.b.t

Cerita dia hari ni aku pergi teman Emak, akak and adik bongsu pergi PAS. Wait a minute, takde kena mengena dengan politik. It's Plaza Alam Sentral folks. Don't get it wrong. Survey punya survey, for sure lah.. bila namanya lelaki, muka penat meneman tu dah tak boleh nak sorok dah. Then mak aku bersuara,

"Mir, kau kena tahan mirr...nanti dah ada bini takdelah kekok mana."

Aku yang pada mulanya penat, terus segar. Haha, mak ni... ke situ pula mak ni. Haih. Ada saja gelagat dia nak hilangkan penat yang melanda...tapi certain people yang terlalu judgemental akan pandang kita macam "hek eleh, umur dah doploh, tapi still berkepit dengan parents. Come one bro"

Hello bro, itu cara aku.

Bagi aku, biarlah orang nak kata apa,
Aku anak emak, anak abah, tak boleh pisah.

Ya, memang aku anak emak, abah.
Aku bangga. Aku rela.
Dari mendapat gelaran anak derhaka?

Selagi mana hayat mereka ada,
merekalah tempat aku menumpang kasih dan manja.
Tempat aku meluahkan segala rasa.

Jangan nanti, bila Tuhan panggil mereka semula,
baru kau sedar. Saat tu dah terlambat.
Takde guna.

Tiada lagi belaian kasih ibu, tiada lagi teguran tegas seorang ayah.
Tiada.
Kau dah hilang satu nikmat besar yang namanya "syurga dunia"

Sebab itu, hargai mereka selagi mana Allah beri kesempatan pada kita.
Berbuat baik kepada orang tua.
Inshaa Allah hidup aman bahagia sejahtera sentiasa.

Aku sebenarnya tak kisah pun. Sebab mereka tak rasa apa yang aku rasa. Rasa gembira melihat kedua orang tua tersenyum kerana kita. Perasaan tu tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata, terlalu berharga.

Tak percaya? Boleh cuba ^^
Ini bukan omong kosong semata.

Kasih ibu membawa ke syurga.
Kasih ayah kekal selamanya.






Ketenangan