Sanah Helwah ya Ummi! :)

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini bersamaan hari Khamis bertarikh 18 April 2013, ulangtahun kelahiran seorang insan yang paling aku sayang di dunia ini. Seorang yang telah banyak mengajar aku erti kehidupan, seorang yang sentiasa ada disaat aku perlukan teman untuk bercerita, seseorang yang tidak pernah jemu untuk menegur aku apabila aku melakukan kesilapan, dan seorang yang telah mencurahkan segala kasih sayangnya terhadap aku, dia yang aku maksudkan adalah Emak/Ibu/Ummi/Bonda tercinta iaitu Puan Zaharah binti Zainal. Terima kasih sebab besarkan amir sampai amir betul-betul 'besar' sampai sekarang ni :) Hehe. Sesungguhnya, segala jasamu tidak terbalas wahai ibu. Telah banyak pengorbanan yang kau buat demi membesarkan seorang anak  yang bernama Mohammad Azmir b. Azman, tetapi engkau tidak pernah berputus asa dalam memastikan bahawa dia menjadi seorang manusia yang berguna. Amir takkan hampakan mak dan amir janji amir akan menjadi seorang insan yang berguna dan amir akan buat mak bangga dengan anak mak yang nakal sorang ni, inshaaAllah :)

*waktu kecil memang aku nakal gila kaww punya. Hehe


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Puan Zaharah binti Zainal,
Allah selamatkan kamu.

Sanah Helwah ya Ummi! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dunia akhirat! You're the best Mom, the best bestfriend I've ever had! I love you so much Emak! Thank you for everything that you've given to me since I was a baby until now. Sesungguhnya engkaulah kekasih sejati wahai ibu! <3

Ketenangan